Monday 14 January 2013

Kejayaan demi Kejayaan



Keratan akhbar tentang Kejayaan Taharah Global (m) Sdn Bhd




Produk Malaysia Memasuki Pasaran U.K London





Kejayaan produk Malaysia memasuki pasaran di U.K London sempena Tahara Shaire London UK Tour Promo bersama Nubhan dan Adira.

Sunday 13 January 2013

Rumpai Laut Khazanah Alam


Terdapat lebih 400 spesis rumpai laut di perairan negara kita. Disini saya ingin memberikan keterangan serba sedikit tentang jenis - jenis yang ada :



 

Eucheuma Cottoni adalah seaweed yang terbaik di Asia Tenggara. Ia ialah sejenis rumpai laut yang berwarna merah yang tumbuh di perairan Sabah. Ia adalah bersih dan bebas dari pencemaran. Ia juga lebih dikenali sebagai sayuran laut. Eucheuma Cottoni adalah kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang hadir dalam bentuk kloid, menjadikannya lebih mudah diserap oleh tubuh badan. Ia mengandungi protein , gentian terlarut dan serat yang amat diperlukan oleh tubuh badan.


Kappaaphycus Alvarezii




Gracilaria Manilaensis





Hypnea Saidana







Thursday 10 January 2013

Penanaman Rumpai Laut di Semporna Sabah


Sedutan video tentang penanaman rumpai laut di perairan Semporna , Sabah


Khasiat Rumpai Laut di Panorama Tv1


Sedutan video ini di rakamkan oleh crew Panorama TV1 di Syarikat Taharah Global.


Sedutan Tentang Khasiat Rumpai Laut di NONA Tv3



  • Video tentang khasiat rumpai laut yang menjadi sedutan dalam rancangan NONA TV3 yang telah menemubual Syarikat Taharah ( M ) Sdn Bhd. Penyanyi dan Pelakon yang sedang meningkat naik seperti LUFYA af , NUBHAN af dan ADIRA af telah dipilih untuk menjadi Duta kepada Taharah dan Sharie London.
  • Sedutan video ini memaparkan tentang khasiat dan cara penyediaan rumpai laut sebagai simbol kecantikkan dan kesihatan.


Wednesday 9 January 2013

Penyegar Dan Pewangi Rambut

SILK CLASSIC HAIR PERFUME DRY SHAMPOO ( 60 ml ) RM 35.90
  • Membersihkan rambut berminyak 
  • Bertindak sebagai tonik yang dapat merawat , menguatkan dan membaiki akar rambut
  • Menghilangkan kegatalan kulit kepala akibat berpeluh.
  • Mencegah daripada kelemumur
  • Membantu menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Menghilangkan dan menyerap bau rambut yang kurang menyenangkan akibat asap rokok
  • dan persekitaran yang kurang menyenangkan.
  • Senang dibawa ke mana-mana terutama ketika perjalanan jauh.
Sesuai digunakan oleh : 
  • Pemakai hijab / bertudung.
  • Penunggang motosikal .
  • Penggunaan sebelum dan selepas aktiviti sukan.
  • Pesakit yang berada di hospital atau selepas pembedahan.
  • Ibu - ibu di dalam pantang ( selepas melahirkan anak).


Penyegar dan Pewangi Rambut Tanpa Wangian

FRAGRANCE FREE HAIR PERFUME DRY SHAMPOO (60 ml ) RM  35.90
  • Dirumus khas bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah dan haji serta kepada mereka yang ingin meninggalkan kesan secara semulajadi. ia difomulasikan tanpa wangian dan penggunaan akan meninggalkan bau yang segar serta dapat merawat kulit kepala daripada kering akibat pancaran matahari.
  • Membersihkan rambut berminyak.
  • Bertindak sebagai tonik yang dapat merawat, menguatkan dan memperbaiki akar rambut.
  • Menyegarkan rambut yang bermaya.
  • Menghilangkan kegatalan kulit kepala akibat berpeluh.
  • Mencegah daripada kekeringan dan kelemumur rambut
  • Membantu menggalakan pertumbuhan rambut.
  • Menghilangkan dan menyerap bau rambut yang kurang menyenangkan akbat perpeluhan, asap dan lain-lain.
  • Sesuai digunakan bagi mereka yang menunaikan haji dan umrah.
  • Pemakai hijab/bertudung  ketika haji dan umrah
  • Ibu-ibu di dalam pantang (selepas melahirkan anak)
  • Cara penggunaan : semburkan penyegar keseluruh rambut dan kulit kepala dan ratakan dengan jari ke seluruh kepala. gunakan 2 kali atau lebih sehari mengikut keperluan pengguna.


Shampu 2 in 1 Sutera Klasik

SHAMPOO 2 IN 1 SHAIRE LONDON ( 200 ml )
  • Contains vitamin b5, malaysian brown seaweed, henna leaves, virgin coconut oil and red hibiscus.
  • membantu menguatkan dan membaiki akar rambut.
  • membantu memelihara dan melindungi rambut dari kerosakan.
  • menjadikan rambut bersinar dan lembut mudah diurus.
  • mengelakkan keguguran rambut.
  • meninggalkan kesegaran yang berpanjangan.
  • sesuai digunakan untuk semua jenis rambut.
  • harga berpatutan dan mampu beli

Latar Belakang Shaire London

Wanita_Article_June_2012_small


Produk penjagaan rambut keluaran syarikat Aikkaya Global sdn bhd yang terdiri daripada syampoo all in 1 dan pewangi dan penyegar rambut tanpa bilasan yang pertama di malaysia.
Segalanya bermula di kota london dengan tercetusnya idea memformulasikan produk penjagaan rambut SHAIRE LONDON dengan gabungan ramuan dari bunga-bungaan terpilihsecara semulajadi.Dengan kepakaran penyelidikkan ,fomulasi ini telah diolah dan diinovasikan dengan campuran ekstrak rumpai laut perang ( brown seaweed ) dari perairan semporna,Sabah serta gabungan  herba-herba terpilih bagi menambah khasiat dan kelebihannya . Produk penjagaan rambut SHAIRE LONDON dikilangkan sepenuhnya di malaysia dengan menggunakan gabungan teknologi dan peralatan yang canggih dengan piawaian standart ISO 9000. produk ini juga diiktiraf halal oleh JAKIM yang merupakan satu badan yang diiktiraf di peringkat dunia dan antarabangsa.




Shaire London Prodok Tempatan


Shaire London produk tempatan



Shaire London produk yang dikeluarkan oleh Shireen Salleh.



TEMPOH berbelas tahun hidup merantau di negara orang mengikut suami bertugas, akhirnya Shireen Salleh kembali ke tanah air dengan satu azam, iaitu untuk melakukan sesuatu yang berguna dan memberikan kepuasan kepada dirinya.
Pernah tinggal di Miri, Sarawak, Singapura dan kemudiannya di London selama 10 tahun menemani suami, Nik Rizal Kamil yang bekerja di syarikat minyak dan gas bagaimanapun tidak disia-siakan oleh wanita berkulit kuning langsat ini.
Semasa tinggal di Sarawak, Shireen mengikuti pengajian sarjana secara jarak jauh dan setelah suami ditugaskan di Singapura, beliau menyambung semula pengajiannya sehingga tamat.
Sifatnya yang tidak jemu menimba ilmu tidak sia-sia kerana berjaya menggenggam beberapa ijazah, Ijazah Perakaunan dan Kewangan dari University of East London, Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan daripada University of Adelaide, Australia, kursus jangka pendek dalam bidang rekaan fesyen dan tekstil, penjagaan rambut, solekan dan jahitan.
Di London, beliau yang kurang betah duduk sahaja di rumah, bekerja secara sambilan di sebuah kedai pengantin. Sambil itu, beliau membuat blog perniagaan sendiri secara kecil-kecilan.
''Daripada duduk sahaja di rumah melayan perasaan bosan, saya fikir lebih baik saya berniaga beg tangan, baju, aksesori dan sebagainya. Di London selalu diadakan jualan murah. Saya akan membeli barangan tersebut dan menjualnya secara online. Walaupun kecil-kecilan namun berbaloi juga,'' kata Shireen, 35 tahun yang ditemui di pejabatnya di Prima Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman yang tidak seberapa itu, Shireen kini bersyukur dan berbangga kerana mempunyai perniagaan sendiri.
Menurut ibu kepada tiga orang anak ini, Nik Zanea, 10 tahun Nik Idriz, lima tahun dan Nik Raiz, tiga tahun, segalanya bermula di kota London dengan tercetusnya idea bagi mengeluarkan produk penjagaan rambut yang dinamakan Shaire London di bawah syarikatnya sendiri, Aikayya Global Sdn. Bhd.
Katanya, formulasi Shaire London yang dilancarkan pada tahun lalu secara usaha sama dengan Taharah Global (M) Sdn. Bhd. merupakan campuran ekstrak rumpai laut perang (brown seaweed) dari perairan Semporna, Sabah serta gabungan herba-herba terpilih bagi menambah khasiat dan kelebihannya.
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Aikayya Global Sdn. Bhd., Shireen yang memulakan perniagaan tersebut dengan modal sendiri berkata, walaupun memegang jawatan yang tertinggi namun oleh kerana syarikatnya baru sahaja hendak bermula maka beliau harus bekerja keras.
''Kebanyakan tugas, daripada bawah hingga ke atas saya lakukan sendiri seperti mempromosikan produk melalui iklan, ekspo, peraduan dan sebagainya.
''Memanglah banyak cabaran kerana saya masih baru dan saya tidak boleh mempunyai sikap malas atau mudah penat. Saya mesti rebut setiap peluang yang ada kerana kalau terlepas, rugi.
''Selain itu, saya juga harus banyak belajar bersabar dengan cakap-cakap orang yang mungkin tidak yakin dengan produk saya dan akan cuba menerangkan dengan cara baik,'' tambahnya yang mendapat sepenuh sokongan daripada suami dan ibu bapa.
Beliau berkata, apa yang dilakukan kini bukanlah kerana ingin mengejar nama atau kerana wang semata-mata tetapi kerana kepuasan diri sendiri namun dalam masa yang sama tidak mengabaikan keluarga.
Justeru itu, pada masa lapang, beliau akan meluangkan masa pergi bercuti bersama keluarga dan melawat tempat-tempat yang memberikan faedah kepada anak-anak seperti melawat muzium.
Mengenai fesyen, Shireen yang banyak terdedah dengan dunia fesyen berkata, beliau menyukai fesyen trendy, semasa dan klasik.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm#ixzz2HXtDYn1H
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rambut Adalah Makhota Wanita


RAMBUT YANG SIHAT.


  • Rambut yang sihat dan berkilat akan menarik perhatian semua orang. Ia menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang sihat dan yakin tentang pada diri sndiri.
MAKANAN UNTUK RAMBUT.

  • Anda mungkin mengalami masalah rambut jika permakanan anda tidak mempunyai cukup sesetengan nutrien.
  • Rambut yang kering atau tidak bermaya mungkin disebabkan oleh kekurangan biotin iaitu sejenis nutrien yang didapati dalam kekacang , buah-buahan , tomato dan susu.
  • kerosakkan rambut yang drastik juga boleh berlaku jika anda mempunyai ganguan cara pemakanan seperti aneroksia atau bullmia. Jadi makanlah dengan sihat untuk mendapatkan rambut yang berkilat , cantik dan sihat.
PENJAGAAN DAN RAWATAN RAMBUT YANG BETUL
  • Gunakan jenis syampu yang sesuai unuk jenis rambut anda.
  • Urut dengan lembut apabila mencuci rambut anda , jangan menggosoknya.
  • Jagalah rambut anda daripada terlalu banyak sinaran matahari atau air klorin.
  • Makan dengan sihat, bersenam selalu dan jangan meroko atau minum alkohol.
  • Jika anda mengalami masalah rambut seperti keguguran rambut , pergilah berjumpa doktor untuk merawatinya.

Rumpai Laut Taharah


TAHARAH SEAWEED (200 gm ) RM 35.00
  • Euchema Cottoni, sejenis rumpai air perang dari perairan sabah adalah bersih dan bebas dari sebarang pencemaran. ia tumbuh secara semulajadi tanpa sebarang manipulasi genetik.
  • Dikenali sebagai sayuran laut, euchema cottoni amat kaya dengan pelbagai vitamin dan garam mineral. ia mengandungi protein, gentian terlarut dan serat yang baik untuk kesihatan. rupa bentuknya sebagai koloid memudahkan ia diserap oleh tubuh badan
  • Asid alginik yang terkandung di dalamnya telah dibuktikan berupaya membuang logam-logam berat dan isotop radioaktif dari tubuh badan.
  • Euchema cottoni merupakan makanan semlajadi yang mengandungi pelbagai khasiat dan kebaikan untuk keperluan fisiologi tubuh badan.


Pencuci Wanita Taharah

Taharah Hygienic Feminine Wash
TAHARAH HYGIENIC FEMINIM WASH (100 ML) RM 29.00
  • Contains piper betel leaf oil,clay,focus vesiculosus extract,glycerine,menthol and fragrance.
  • Daun sireh  bertindaksebagai bahan antiseptik untuk bahagian sulit wanita.
  • Ekstrak rumpai laut dan tanah liat amat kaya dengan vitamin.


Lulur Badan Taharah

TAHARAH BODY SCRUB ( 100 ML) RM 35.00
  • Contains purified water, glycerine, kaolin,stearic acid,potassium hydroxide,olea europaea (olive), fruits extract, fucus vesiculosus (seaweed) and flower extract.
  • Kaolin dapat menyerap minyak yang berlebihan dan membuang daki serta sel-sel mati dari kulit.
  • Vitamin dan garam mineral dapat mengeluarkan bendasing dan toksik dari badan dan membersihkan kulit.bertindak sebagai humektan semulajadi yang dapat mengawal kelembapan kulit.
  • Radikal bebas, ekstrak minyak zaitun dapat memberikan keanjalan kepada kulit, melembutkan serta mengekalkan kelembapan kulit.
  • Bersifat dwi tindakan yang berupaya menanggalkan sel-sel mati serta membantu aliran darah di permukaan kulit.
  • Penggunaan dua kali seminggu bagi mendapatkan kesan yang optimun

Vitamin E - Lavender Aromatheraphy

VITAMIN E - LAVENDER AROMATHERAPHY (20 ML) RM 48.90
  • Contains grape seed oil, vitamin E, seaweed (hypneia), sargassum, euchema, virgin coconut oil and Lavender extract.
  • Vitamin E lavender mempunyai kesan yang tidak berminyak dan meninggalkan kesan yang lembut kepada setiap jenis kulit. ia dapat memperbaharui tekstur kulit yang rosak akibat pancaran matahari atau penggunaan produk yang mempunyai bahan kimia yang berlebihan.
  • Vitamin E lavender memberikan keanjalan kepada kulit agar ia kelihatan awet muda. disamping itu ia dapat mengecillkan pori-pori dan mengurangkan kesan parut serta membaikpulih kulit kusam yang tidak bermaya.
  • Amat sesuai untuk mengurangkan kesan regangan pada kulit semasa mengandung dan selepas bersalin. vitamin E lavender mempercepatkan penyembuhan kepada parut muda, keloid dan kesan parut hasil dari cacar air, jeragat atau jerawat.
  • Vitamin E lavendermembantu mengimbangi sel-sel kulit sebagai rawatan pada waktu malam dan boleh menganjalkan payu udara melalui teknik urutan.
  • Untuk kesan yang lebih efektif, penggunaan sebanyak 2 kali sehari amatlah digalakkan, ia juga digunakkan sebagai pelembab asas muka pada waktu siang.
  • Penggunaan dua kali sehari bagi mendapat kesan yang optimum.

Sabun Kecantikkan Taharah

TAHARAH BEAUTY SOAP RM 15.90

  • Digunakan sebagai pembersih muka untuk semua jenis kulit. dapat memberikan kelembapan kepada kulit muka yang kering serta membuang lebihan minyak pada kulit muka. bersesuaian untuk kulit yang kusam dimana ia dapat menyingkirkan sel-sel yang mati dan menjana pertumbuhan sel kulit baru.
  • Bertindak sebagai bahan antiseptik semulajadi, digunakan untuk menghilangkan kesan jeragat (pigmentation) dan jerawat serta mengurangkan kesan kedutan dan garis penuaan pada kulit muka.
  • Memberikan kesegaran yang berpanjangan.
  • Bagi penggunaan yang lebih berkesan, buih sabun kecantikan taharah hendaklah dibiarkan pada kawasan muka yang bermasalah seketika sebelum ia dibilas dengan air yang bersih. penggunaann sebagai masker sebanyak 2 kali seminggu dapat memberikan kesan yang maksimum.


Sabun Mandian Taharah

TAHARAH BATH SOAP RM 5.90

  • Contains vitamin A,C & E, clay, mineral salts such as magnesium, sodium, calcium,potassium, seaweed,palm oil, and sandalwood.
  • Sesuai untk semua kulit termasuk kulit bayi. ia memberi kelembapan pada kulit kering dan membuang lebihan minyak pada kulit muka yang berminyak. dapat membantu mengurangkan kesan kedutan dan garis penuaan serta memberikan kesegaran berpanjaangan.
  • Sebagai antiseptik semulajadi, ia sesuai untuk sebarangan penyakit kulit serta jerawat,panau,kurap,cacar air,kudis,ruam,gatal-gatal,kelemumur serta rekahan pada tumit kaki.
  • Sabun taharan digunakan untuk menyamak atau bersertunajis berat mughallazah (kaedah samak adalah 1 kali air sabun taharah : 6 kali air bersih.
  • Bagi penggunaan yang  berkesan, buih sabun taharah hendaklah dibiarkan pada kawasan badan yang bermasalah sebelum dibilas dengan air bersih.

Pengeluar Produk Berjenama "Taharah"



Syarikat TAHARAH GLOBAL (M) SDN BHD telah mengambil inovasi dalam pengeluaran produk-produk pengguna berasaskan tanah liat dan rumpai laut. Produk utama yang dikeluarkan adalah sabun mandian, sabun kecantikan serta rangkaian produk penjagaan diri dan kosmetik. Pihak syarikat telah melakukan R&D ke atas produk ini dan mendapati bahawa ia mempunyai pelbagai kelebihan yang dapat dimanfaatkan oleh semua golongan penduduk di Malaysia.
Melalui kajian yang telah dibuat, di dapati bahawa pengeluaran sabun tanah liat ini adalah merupakan yang pertama di Malaysia dan dunia yang diperbuat daripada tanah liat terpilih dan boleh digunakan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan kulit.
Manakala bagi produk yang berasaskan rumpai laut pula, syarikat merupakan yang pertama di Malaysia yang telah mengambil inovasi dalam penghasilan produk kesihatan dan kecantikan menggunakan rumpai laut dan ekstraknya. Rumpai laut serta ekstrak yang digunakan adalah penghasilan dari Semporna, Sabah dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Kejayaan Dan Usaha CEO Taharah Global (m) Sdn Bhd



ARKIB : 18/08/2006

Zakiah pelopor sabun rumpai laut dan tanah liat

Kepakaran Zakiah berjaya menghasilkan Produk Sabun Taharah dan produk-produk spa yang berasaskan kelebihan yang terkandung pada rumpai laut dan tanah liat.


KHAZANAH ALAM sama ada dari laut mahupun daratan menyingkap 1,001 rahsia keagungan Allah s.w.t. Inilah yang diterokai oleh Syarikat Tazqiah Global Sdn. Bhd. yang memanfaatkan hidupan laut melalui rumpai laut, atau nama saintifiknya, sarjjasum atau Eucheuma Cottonii.
Ia kemudiannya diintegrasikan dengan tanah liat untuk menghasilkan produk yang mendapat tempat di hati pelanggan yang mementingkan kesucian dan kesihatan, iaitu sabun Taharah.
Wartawan, SITI AINIZA KAMSARI dan jurufoto, IDZHAM JAAFAR menemubual Pengarah Eksekutif Tazqiah Global, Zakiah Abu Kasim, 45 yang mengasaskan syarikat ini. Beliau berkelulusan sarjana muda ekonomi (perangkaan) dari Universiti Sains Malaysia.
UTUSAN MALAYSIA: Boleh ceritakan bagaimana bermulanya penglibatan anda dalam keusahawanan atau dalam bahasa Arabnya, al aamilah fi al tijaarah?
ZAKIAH: Selain latar pendidikan yang tiada kaitan, saya mempunyai pelbagai pengalaman kerjaya yang berbeza sebelum terlibat secara serius dalam pengeluaran sabun Taharah pada 2004. Ini termasuklah pengurus sumber manusia di sebuah kilang dan jururunding sebuah syarikat. Tetapi kemuncaknya apabila saya mempraktikkan ilmu daripada pembacaan. Semua ini tidak disengajakan apabila saya amat tertarik kepada anugerah alam, rumpai laut.
Semakin saya membaca mengenai hidupan ini, ia seolah-olah ‘menarik’ saya menerokai sendiri rahsia yang selama ini tersimpan kemas tanpa ada sesiapa yang mengetahui akan kandungan dan ketinggian khasiatnya yang begitu alamiah atau alam semula jadi itu.

Hanya berdasarkan pembacaan, mampu meyakinkan anda memanfaatkan sumber semula jadi ini bagi menjana pendapatan?
Jangan sifatkan ini sebagai sesuatu yang luar biasa. Malah mungkin sebenarnya saya bermula agak lewat. Jika dari dahulu saya mengetahui mengenai rahsia khazanah laut ini, mungkin perniagaan ini sudah lama bermula.
Tetapi apa yang dibaca itu tentunya tidak boleh tinggal sebagai pengetahuan sahaja atau berazam tanpa melakukan sesuatu. Kaki perlu digerakkan bagi menggapai impian tersebut.

Menghasilkan produk kesihatan seperti Taharah tentunya sukar kerana memerlukan kepakaran yang melibatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)?
Memang benar, kerana saya terlibat secara langsung dalam menghasil atau menciptakan formula-formula pembuatan melalui teknik bio teknologi, mendapatkan bahan-bahan mentah, mengadun, memproses sendiri sehinggalah menjadi bahan eksperimen bagi melihat dan merasakan sendiri hasil dan kesannya.
Oleh kerana saya tidak mempunyai latar belakang berkaitan, saya perlu belajar semuanya dari bawah walaupun terpaksa merangkak-rangkak.
Kerana itu saya menyambung pengajian sehingga memperoleh Diploma Sains Kosmetik dari sebuah universiti di United Kingdom. Kini saya sedang membuat tesis doktor falsafah (PhD) dalam bidang bio marin dengan pakar sains marin iaitu Profesor Dr. Phang Siew Moi dari Universiti Malaya.
Tidak cukup rumpai laut, anda juga meneroka rahsia di sebalik tanah liat bagi tujuan kesihatan dan kecantikan?
Saya memilih tanah liat kerana mahu cuba mengungkap rahsia mengapa Islam memerintahkan kita menggunakan tanah liat untuk menyamak. Jadi saya melakukan kajian dan penyelidikan secara saintifik dan mendapati tanah liat mempunyai gabungan zarah-zarah yang sangat halus. Ia juga mempunyai kelembapan semula jadi yang tinggi dan dapat membekalkan kelembapan secara semula jadi kepada kulit.
Namun fungsi utamanya ialah membersihkan kulit dengan sempurna kerana tanah liat adalah pembasmi kuman (antiseptik) yang terbaik.
Apabila tanah liat ini diadun bersama rumpai laut dan melalui proses pembuatan sabun, maka ia menjadi satu produk yang mempunyai nilai tambah.
Benarkah anda tidak mendapat bantuan modal dari mana-mana pihak semasa memulakan perniagaan?
Saya tidaklah menjadi mangsa penipuan tetapi pelbagai kerenah birokrasi dan diskriminasi. Oleh itu, saya dan rakan kongsi terpaksa mencari modal dengan menjual apa sahaja harta yang ada terutamanya rumah dan kereta.
Yang tinggal hanyalah sebuah kereta Perodua Kancil, yang alat pendingin hawanya pula rosak. Alhamdulillah, kami berjaya mengumpulkan modal hampir RM250,000 dan dengan kereta itulah kami memulakan semua urusan perniagaan.
Apa yang menjadi pembakar semangat anda terus berniaga?
Saya sedar ada hadis mengenai 9 dari 10 punca rezeki adalah melalui perniagaan. Namun, Rasulullah s.a.w sendiri sebelum berjaya sebagai ahli perniagaan, berhadapan pelbagai kesusahan dan rintangan. Jadi saya menerima hakikat untuk berjaya tidak ada jalan mudah atau jalan pintas.
Anak saya sendiri, ketika diminta untuk membantu saya menjual sabun, mukanya masam mencuka! Bagaimanapun, sokongan Pengarah Tazqiah Global, Azean Mahmud yang sanggup meninggalkan kerjayanya di sebuah bank untuk membantu saya, banyak memberi sokongan.
Dengan bekalan rumpai laut oleh Persatuan Nelayan Semporna, Sabah yang digabungkan dengan tanah liat yang dikorek di Kuala Kangsar, Perak dan Rompin Pahang, Tazqiah Global hari ini menjadi antara mereka yang menempa nama dalam peta usahawan berjaya.
Saya bersyukur pada Allah kerana usaha dan tawakal saya selama ini dibalas-Nya dengan sebaik-baik balasan. Jangan mengukur kejayaan saya hari ini dengan jenis kereta yang saya pandu. Namun, ukurlah dengan kejayaan melahirkan ahli-ahli perniagaan sebagai pengedar dan menjual produk Tazqiah Global terutamanya sabun Taharah ini ke serata pelosok negara.
Setakat ini, syarikat ini mempunyai hampir 50 wakil negeri yang berdaftar dan mempunyai tidak kurang 100 wakil pengedar di bawah mereka.
Adakah anda bercadang memasarkan produk ini melalui pasar raya besar untuk memudahkan pelanggan mendapat produk ini?
Memang ada permintaan daripada pasar raya besar dan juga syarikat jualan langsung mengenai perkara ini.
Syarikat-syarikat gergasi tersebut meminta kami memasarkan sabun Taharah menerusi premis-premis mereka. Ini tentunya menjanjikan pulangan dan keuntungan yang cukup lumayan kerana banyak kos lain sudah dapat ditampung. Malah ada juga syarikat yang mahu ‘membeli’ seluruh Tazqiah dengan nilai jutaan ringgit dengan kedudukan saya dikekalkan.
Namun saya tetap berpegang pada prinsip asal, iaitu untuk melahirkan lebih ramai ahli perniagaan yang berjaya melalui Tazqiah Global. Adalah penting untuk kami mengekalkan status syarikat ini sebagai 100 peratus milik Bumiputera.
Apakah hubungan syarikat ini dengan NRC Industries Sdn. Bhd. terutamanya anak syarikat mereka, Dona Marketing yang mengeluarkan produk jagaan diri dengan jenama Dona?
Hubungan kami hanyalah kerjasama untuk memproses dan mengeluarkan sabun Taharah di kilang milik Dona Marketing. Ini kerana kami tidak mempunyai kilang sendiri. Formula dan paten produk masih lagi milik Tazqiah Global. Kami adalah pengeluar tunggal sabun ini.
Jadi, tidak timbul ada syarikat lain yang mendakwa mempunyai formula yang sama dan turut berkerjasama dengan Dona Marketing untuk mengeluarkan produk tersebut.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz2HXXMIQLA
© Utusan Melayu (M) Bhd (HAK MILIK TERPELIHARA)

Gunakan Rumpai Laut TAnpa Was-was


Buang toksin dan bahan radikal bebas
Kajian telah menunjukkan bahawa ekstrak rumpai laut dikatakan mampu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis kira-kira sebanyak 15%. Pesakit yang mengambil ekstrak rumpai laut selama tiga bulan telah mengalami kemajuan dalam pergerakan dan pengurangan rasa sakit.

Rumpai laut bantu turunkan tahap kolesterol
Ekstrak rumpai laut juga amat baik untuk jantung kerana ia didakwa merendahkan kolesterol dan juga memperbaiki pengedaran darah. Ðikatakan juga menggantikan garam dengan rumpai laut yangtelah dikisar halus dalam makanan amat baik untuk mereka yang mengalami tekanan darah tinggi.

Mencegah kanser
Pertumbuhan dan penyebaran kanser dalam tubuh juga mampu dicegah jika ekstrak rumpai laut dijadikan sebagai makan seharian.

Meningkatkan metabolisme
Ekstrak rumpai laut dikatakan juga mengandungi alginate, bahan aktif tidak ada rasa dan tidak berbau yang dikatakan mampu meningkatkan metabolisme, sekali gus meminimumkan peningkatan berat badan yang berkaitan dengan makanan berlemak dan berkalori.

Alginate dalam ekstrak rumpai laut juga dikatakan mengikat bahan radioaktif dan logam berat, dan juga membebaskan radikal bebas dan toksin lain dalam tubuh. Bahan-bahan ini kemudiannya keluar daripada tubuh apabila ia dibuang daripada sistem tubuh.

Merangsang sistem pertahanan badan
Ekstrak laut juga dikatakan mampu merangsang sistem imun dan membantu tubuh menentang jangkitan virus seperti herpes. Ia juga amat baik untuk mengurangkan masalah kulit seperti ekzeme dan psoriasis.

Rumpai laut juga dikatakan mengandungi seanol, antioksidan kuat yang lebih berkuasa daripada apa yang terdapat dalam tumbuhan di darat. Antioksidan ini dikatakan mampu merangsang tenaga dan kesedaran mental.

Lignan yang ditemui dalam rumpai laut juga dikatakan mampu bertindak sebagai estrogen lemak dan bersama-sama dengan magnesium ia mampu mengembalikan semula corak tidur dan mengurangkan ‘hot flushes’ yang berlaku pada wanita menopaus.

Walaupun terdapat banyak kebaikan yang boleh diberikan oleh rumpai laut, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu lagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.

Nota: wanita yg mengambil pil perancang atau pesakit yg mengidap penyakit kronik spt buah pinggang dan pernah mendapat serangan jantung hendak lah mendapat kebenaran doktor sebelum mengambil produk ini. Sesiapa yg mengalami alergy apabila mengambil makanan laut adalah dilarang mengambil makanan tambahan ini. 





menarik kannn...apa lagii...cuba lahhhhh!!!

Agen Kecantikkan Asli



DENGAN kewujudan banyak produk kecantikan di pasaran, adakala kita terlupa pada amalan dulu kala menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai agen kecantikan.
Selain boleh dimakan, kandungan nutrisi serta vitamin pada buah-buahan segar ini membantu menjadikan kulit lebih sihat, cantik dan berseri. Lebih penting sama ada dijadikan pembersih, penyental atau masker, kandungannya benar-benar bersih tanpa campuran bahan kimia. 
Menggunakan cara yang mudah, tanpa mengeluarkan belanja yang banyak sesiapa juga boleh melakukannya. Sama ada buah-buahan ini diletakkan pada wajah begitu saja atau dilenyek dijadikan masker, jika dilakukan secara berkala akan memberikan kesan menakjubkan pada kulit.

Wanita di negara maju pada zaman dulu juga percaya pada penggunaan bahan semula jadi yang boleh mencantikkan kulit. Wanita di Jepun misalnya menggunakan bulu daripada burung bulbul untuk membersih kulit. Mereka juga menjadikan bulu burung ini sebagai masker yang dicampur bersama air.



Kepercayaan ini masih digunakan sehingga sekarang. Mereka mempercayai khasiat daripada bulu burung bulbul ini namun menjadikan lebih moden dengan mencampurkan bersama pembersih wajah lalu disapu pada kulit.


Wanita di Barat pula percaya hampas teh dapat menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata. Bahkan dengan menyimpannya di dalam peti sejuk semalaman boleh memberikan kesan lebih menyerlah.

Kebanyakan wanita Russia memiliki kulit yang halus dan cantik disebabkan kepercayaan mereka menggunakan serbuk kopi yang digosok pada kulit. Selain dapat menghilangkan bau badan, serbuk kopi boleh menjadikan rona kulit lebih cerah. Boleh dilakukan ketika bersauna supaya sel kulit mati dapat ditanggalkan secara optimum. Penggunaan kopi sebagai bahan penyental turut digunakan di kebanyakan negara maju kerana diakui keberkesanannya.

Wanita di Mesir percaya penggunaan susu dan madu mampu mencerah dan menjadikan kulit lebih halus. Buktinya, Ratu Cleopatra turut berkongsi rahsia yang sama apabila gemar menggunakan bahan serupa untuk mencantikkan wajah. Dia juga sering mandi dengan garam laut dan rumpai laut bagi mendapatkan kulit lebih mulus serta wajah bersinar.

Di negara kita misalnya, banyak amalan serta petua kecantikan semula jadi daripada nenek moyang yang masih menjadi amalan sehingga kini. Antaranya penggunaan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai masker atau penyental wajah.

Namun sebelum memakainya pada wajah, jangan lupa cuci atau bersihkan wajah terlebih dulu. Ada baiknya sekiranya menggunakan air suam supaya liang roma lebih terbuka dan mampu meresap nutrisi daripada bahan semula jadi ini. 


Kekal Sihat Dan Langsing Dengan Seaweed



Apa itu Rumpai Laut?

Rumpai laut mula-mula dijumpai kerana nilai kesihatan dan gizi yang diperolehi pada 2000 tahun dahulu. Rumpai laut juga dikenali sebagai garam sejak zaman dahulu. Akibat bentuknya menyerupai terumbu karang maka orang cina memanggilnya sebagai "shanhu Cao ". Orang Jepun pernah menggunakan rumpai laut sebagai penghargaan dikhaskan kepada Maharaja Cina sebagai makanan berkhasiat. Rumpai laut boleh ditemui di sayur-sayuran tetapi selebihnya 64 jenis mineral hanya boleh diperolehi di dalam rumpai laut. Ia sangat kaya dengan protein kolagen , kalsium , besi , magnesium , kalium , fosforus , selenium , dan mineral Omega - 3 dan 6 yang sangat penting untuk perkembangan mental dan fungsi dalam tumbesaran anak-anak. Menurut laporan perubatan adalah sesuai untuk menambah mineral untuk mengaktifkan anti pengoksidaan enzim , meningkatkan fungsi detoksifikasi hati , untuk menghilangkan radikal bebas dan penghapusan racun dari tubuh melalui sistem menyahtoksik.

Nilai Rumpai laut jauh lebih baik daripada sarang burung , sirip yu , dan yam. Lendir dalam rumpai laut adalah 10 kali ganda khasiat sarang burung dan sirip yu , kalsiumnya adalah 37 kali lebih baik dari hati ikan. Nilai PH rumpai laut adalah 7.6 sangat tinggi serat makanan beralkali. Oleh sebab itulah ia sangat kaya dengan nilai gizi makanan yang sangat baik dan sesuai untuk vegetarian dan orang tua yang memerlukan suplemen gizi. Ia juga dapat menguatkan sistem imunisasi tubuh dan fungsi hati , usus saluran dan perut dibersihkan  , berat badan yang idea , perut bahagian bawah dan punggung akan secara signifikan lebih kecil.

Rumpai laut kaya dengan besi dan kalsium. Ia juga mengandungi keperluan dalam tubuh manusia seperti asid amino dan kolagen. Kolagen terdapat dalam tulang , sendi , kulit , organ dalaman , berhubung antara sel , protein kolagen dapat meningkatkan kekurangan air pada kulit , mengencangkan dan menjadikan kulit lebih muda , menghilangkan wrinkles, mencegah bekas luka yang rosak seperti jerawat , dark sports , bintik-bintik jerawat  dan kulit sensitif. Suplemen protein kolagen yang tepat menguatkan otot dan sendi , mengurangkan sakit sendi dan tulang belakang , diserap ke akar rambut , memperbaiki rambut putih , rambut gugur dan rambut yang mulai menipis dan penuaan.


Penggunaan rumpai laut secara berterusan dan berpanjangan boleh memberi kesan yang berikut :

  • Menyingkirkan racun tubuh ,penghapusan bintik-bintik jerawat , meningkatkan elastatik kulit, membuat kulit halus dan merah.
  • Pembuangan najis yang lancar dan perut lebih selesa.
  • Menghilangkan nafas berbau.
  • Mengurangkan berat badan dan menghilangkan lemak perut.
  • Meningkatkan fungsi hati.
  • Mengelakkan penuaan , mencegah penyakit Alzheimer.
  • Meningkatkan kualiti darah.
  • membersihkan darag , meningkatkan peredaran darah dan telah meningkatkan peranan darah
  • Mencegah kelelahan , insomnia dan kehilangan nafsu makan ditingkatkan.
  • membantu dalam sakit bahu dan sendi badan.
  • Memperbaiki " Rheumatism" pengurusan pendarahan yang mudah.
Secara keseluruhanya, pengambilan makanan alga seperti rumpai laut bukan sahaja memperoleh gizi seimbang , anda juga boleh membersihkan tubuh dari racun, pembuangan najis dengan lancar, anti kanser dan menurungkan kolestrol. Bukan hanya untuk kecantikan tetapi juga dapat mengelakkan dan mengurangkan penyakit dan awet muda.