Wednesday 9 January 2013

Pengeluar Produk Berjenama "Taharah"



Syarikat TAHARAH GLOBAL (M) SDN BHD telah mengambil inovasi dalam pengeluaran produk-produk pengguna berasaskan tanah liat dan rumpai laut. Produk utama yang dikeluarkan adalah sabun mandian, sabun kecantikan serta rangkaian produk penjagaan diri dan kosmetik. Pihak syarikat telah melakukan R&D ke atas produk ini dan mendapati bahawa ia mempunyai pelbagai kelebihan yang dapat dimanfaatkan oleh semua golongan penduduk di Malaysia.
Melalui kajian yang telah dibuat, di dapati bahawa pengeluaran sabun tanah liat ini adalah merupakan yang pertama di Malaysia dan dunia yang diperbuat daripada tanah liat terpilih dan boleh digunakan untuk tujuan kecantikan dan kesihatan kulit.
Manakala bagi produk yang berasaskan rumpai laut pula, syarikat merupakan yang pertama di Malaysia yang telah mengambil inovasi dalam penghasilan produk kesihatan dan kecantikan menggunakan rumpai laut dan ekstraknya. Rumpai laut serta ekstrak yang digunakan adalah penghasilan dari Semporna, Sabah dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

No comments: